Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan mesej pemberitahuan pesanan WhatsApp? #
Arahan ini boleh digunakan untuk kedua-dua aplikasi web dan aplikasi telefon Peasy Sales.
1. Pergi ke Tetapan Kedai di platform Peasy Sales anda:
- Jika anda menggunakan Peasy Sales Web, Tekan pada “Orders” pada sebelah kiri skrin. Kemudian tekan “Settings”.
- Jika anda menggunakan aplikasi Peasy Sales, Daripada Papan Pemuka Peasy Sales, Tekan “Profile”. Kemudian Tekan “Shop”.
2. Skrol skrin sehingga anda boleh melihat paparan seperti di bawah (gambar yang digunakan adalah daripada paparan skrin aplikasi telefon Peasy Sales)

3. Tekan pada butang di sebelah “Edit” untuk mengaktifkan sistem mesej pemberitahuan pesanan.
a) Butang kelabu menunjukkan bahawa mesej pemberitahuan pesanan telah dinyahaktifkan.

b) Butang ungu menunjukkan bahawa sistem mesej pemberitahuan pesanan telah diaktifkan.

4. Simpan perubahan dengan cara:
- Jika anda menggunakan web Peasy Sales, tekan butang “Update Settings” pada bahagian bawah skrin Settings.
- Jika anda menggunakan aplikasi Peasy Sales, tekan “Save” pada bahagian atas sebelah kanan skrin Order Setting.
Bagaimanakah cara untuk menukar atau mengedit mesej pemberitahuan pesanan WhatsApp? #
Arahan ini boleh digunakan untuk kedua-dua aplikasi web dan aplikasi telefon Peasy Sales.
Pra-syarat:
- Cipta mesej templat untuk digunakan bagi mesej pemberitahuan pesanan.
- Pastikan mesej templat yang dipilih mempunyai status “Approved” dan “Ready”.
Untuk bacaan lebih lanjut cara untuk cipta templat mesej, sila rujuk di sini.
Setelah templat anda sudah diluluskan, ikuti langkah-langkah di bawah: (gambar yang digunakan adalah gambar skrin web. Walau bagaimanapun, butang dan arahan adalah sama untuk aplikasi mudah alih)
- Ikuti langkah #1 dan langkah #2 pada langkah-langkah untuk mengaktifkan mesej pemberitahuan pesanan.
- Tekan pada ikon pensil untuk menukar templat.
- Padam mesej sedia ada yang dipaparkan dalam kotak. Pilih templat baharu anda dengan:
- Taipkan nama templat dan mulakan dengan “/”.
- Pilih dan tekan pada templat anda daripada senarai yang diberikan.
Simpan perubahan dengan cara:
- Jika anda menggunakan web Peasy Sales, tekan butang “Update Settings” pada bahagian bawah skrin Settings.
- Jika anda menggunakan aplikasi Peasy Sales, tekan “Save” pada bahagian atas sebelah kanan skrin Order Setting.