Arahan #
- Cipta dan lakukan persediaan pada Facebook Business Account dan Facebook Page . Ikut arahan disini untuk mencipta Facebook Business Account, dan arahan disini untuk mencipta Facebook Page.
- Daftar Akaun Peasy anda. Ikut arahan disini untuk mencipta Akaun Peasy anda. Anda akan menerima Akaun Peasy anda sendiri.
- Lakukan persediaan dengan membuat Business Profile. Jawab beberapa soalan dan AI kami akan menganalisis bisnes anda dan pautkan anda dengan satu Facebook Ad Account. Anda boleh ikut arahan disini untuk membuat Business Profile anda.
- Cipta dan buat Lead Form anda. Anda akan memerlukan satu borang untuk pelanggan dan lead anda isi, selepas melihat iklan anda. Ikut arahan disini untuk mencipta Facebook Lead Form.
- OK! Sekarang anda sudah bersedia untuk onboarding session one-on-one dimana pakar kami akan membimbing anda untuk mencipta dan menerbitkan iklan anda. Klik disini untuk membuat temujanji bersama pakar kami.
- Klik disini untuk menyertai WhatsApp group kam untuk berinteraksi bersama pengguna Peasy yang lain, terima training dan pengumuman sebarang acara.
FAQ #
Berapa kali saya boleh lakukan sesi onboarding bersama pakar Peasy? #
Setiap pengguna diberikan 60 minit sesi onboarding bersama pakar Peasy kami. Kami sangat mengalakkan anda untuk menggunakan sepenuhnya sesi yang berharga ini.
Jika saya mahu lebih masa dalam sesi onboarding? #
Anda boleh membeli tambahan sesi onboarding selama 60 minit dengan harga RM250.
Seorang pengguna Peasy hanya memerlukan 5 minit untuk mencipta dan menerbitkan iklan. Jika anda lakukan persediaan sebelum sesi onboarding, akan ada banyak masa yang boleh digunakan untuk tujuan seperti analisis dan konsultansi.
Apa persediaan yang saya perlu lakukan sebelum sesi onboarding? #
- Sesi ini akan diadakan melalui Google Meet. Pastikan anda menggunakan laptop/desktop. Jangan menyertai sesi ini menggunakan telefon. Kami akan bimbing anda setup dan jalankan iklan menerusi screen sharing. Pastikan juga anda mempunyai line internet yang stabil.
- Pastikan anda telah bersedia dengan Facebook Business Account, Facebook Lead Form, Facebook Page sepertimana yang telah kami tunjukkan di arahan di atas. Kesemua ini mesti menggunakan Facebook personal anda sendiri, kami tidak boleh menciptanya bagi pihak anda. Jika kami habis menggunakan masa di dalam sesi ini untuk bimbing anda mencipta Facebook page – kami akan mempunyai kurang masa untuk menunjukkan anda teknik yang penting seperti cara untuk optimize kualiti lead, cara untuk mendapatkan pelanggan yang lebih baik dan lain-lain.
- Jika boleh, sediakan gambar/video dan copywriting sebelum sesi ini. Kita boleh terus launch campaign semasa sesi ini berlangsung. Klik disini untuk belajar lebih lanjut mengenai ad creative.
Dimana lagi saya boleh belajar Peasy? #
- Manual dan knowledge base kami – https://peasy.ai/docs
- Sertai Group WhatsApp disini. Pengumuman, acara dan soalan support boleh ditanya di group.
- Sertai kelas kami. Kelas akan diadakan di waktu pagi dan malam di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Lihat sini untuk mengetahui jadual kelas.
Bila dan bagaimana saya akan menerima kredit Facebook Ads saya? #
Anda akan menerima kredit Facebook Ads selepas anda mencipta Akaun Peasy Marketing, dan sebelum sesi onboarding yang pertama.
Kredit ini akan dimasukkan ke dalam Baki Akaun, seperti gambarajah di bawah.